[PARLIMEN] Pusat Latihan Kebangsaan pasukan bola sepak dibina di Putrajaya - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Pusat Latihan Kebangsaan pasukan bola sepak dibina di Putrajaya

AHMAD FAIZAL AZUMU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebuah Pusat Latihan Kebangsaan bagi kegunaan pasukan bola sepak kebangsaan bakal dibina di Putrajaya.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pembinaan itu antara perancangan pihak kementerian dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Perbadanan Putrajaya.

“Kerja-kerja awalan pembinaan pusat latihan berkenaan merangkumi kerja ukur dan kajian tanah akan bermula tahun depan,” katanya dalam persidangan Dewan Negara, hari ini.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis bagi pertanyaan Ahli Dewan Negara, Datuk Hisamudin Yahaya yang ingin mengetahui bilakah kementerian akan memulakan kerja-kerja pembinaan pusat latihan bagi kegunaan pasukan bola sepak kebangsaan di Putrajaya.

Ini memandangkan rancangan pembinaan pusat latihan ini dibuat dua tahun lalu. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.