Karnival sukan bantu capai sasaran sejuta pelancong ke PD - Utusan Malaysia

Karnival sukan bantu capai sasaran sejuta pelancong ke PD

MOHD. Zamri Mohd. Esa (dua dari kanan) menyampaikan hadiah kepada pemenang sempena Program Karnival Sukan Port Dickson 2021 di Port Dickson hari ini.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Penganjuran Karnival Sukan Port Dickson 2021 dilihat berupaya menarik kehadiran lebih ramai sekali gus mencapai sasaran sejuta pelancong ke daerah ini menjelang akhir tahun ini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Mohd. Zamri Mohd. Esa berkata, karnival berkenaan termasuklah penganjuran program seperti Explorace Tourism PD, Jamboree Ride, Sepak Takraw Pantai dan Surfcasting Challenge Port Dickson 2021.

“Sasaran sejuta pelancong itu dibuat selepas sektor pelancongan dapat beroperasi seperti biasa pada Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN). 

“Bagaimanapun, terdapat kekangan menyebabkan pelancong tidak boleh datang walaupun bilik hotel kosong, tetapi, tidak boleh ditawarkan disebabkan kekurangan pekerja bagi menerima kehadiran lebih ramai pelancong.

“Sekiranya masalah ini dapat diatasi dan Port Dickson menerima kedatangan pelancong luar negara, ia sedikit sebanyak akan membantu merancakkan lagi sektor pelancongan di daerah ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui sempena Program Karnival Sukan Port Dickson 2021 di sini hari ini.

Tiga program utama diadakan sempena karnival tersebut iaitu Run PD Run 2021, Ride PD Ride 2021 serta pertandingan Petanque Beregu Terbuka Negeri Sembilan yang berlangsung sehingga esok.

Run PD Run 2021 melibatkan pertandingan larian sejauh lima kilometer manakala Ride PD Ride merupakan program berbasikal santai. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN