Banjir: Jumlah mangsa lapan negeri cecah 61,000  - Utusan Malaysia

Banjir: Jumlah mangsa lapan negeri cecah 61,000 

Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan yayasannya, Yayasan Hasanah masing-masing mengumumkan sumbangan bernilai RM5 juta dan RM2.5 juta untuk membantu menyokong usaha bantuan segera kepada mangsa banjir. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 61,001 jumlah mangsa banjir setakat pukul 7.00 petang terdiri daripada 16,700 keluarga kini berada di 451 pusat pemindahan sementara (PPS) di lapan negeri, iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan Kuala Lumpur.

Menurut info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam aplikasi dalam talian, jumlah mangsa banjir tertinggi adalah seramai 31,846 daripada 8,458 keluarga dari negeri Pahang dipindahkan ke 259 PPS di dalam negeri tersebut. 

“Negeri Selangor mencatatkan jumlah mangsa banjir kedua tertinggi dengan seramai 23,297 mangsa terdiri daripada 6,605 keluarga yang sudah dipindahkan ke 133 PPS di negeri tersebut. 

“Negeri Kelantan pula mencatatkan seramai 3,660 mangsa banjir terdiri daripada 1,108 keluarga. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan jumlah seramai 534 mangsa daripada 150 keluarga. 

“Seramai 679 mangsa dari 149 keluarga telah dicatatkan di negeri Melaka dan Negeri Sembilan, seramai 254 mangsa dari 51 keluarga. Manakala, negeri Perak dan Terengganu mencatatkan seramai 270 mangsa dari 75 keluarga dan 63 mangsa dari 13 keluarga,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya