Analisis PRN Sarawak: Covid-19 `penawar, formula’ pilihan raya? - Utusan Malaysia

Analisis PRN Sarawak: Covid-19 `penawar, formula’ pilihan raya?

Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tengah) mengibarkan bendera GPS ketika meraikan kemenangan parti itu dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 di Pusat Konvesyen Borneo Kuching (BCCK) kelmarin. - UTUSAN/ MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KALAU tak kerana prosedur operasi standard (SOP) ketat dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sepanjang kempen 12 hari pilihan raya negeri (PRN) Sarawak ke-12 , adakah Gabungan Parti Sarawak (GPS) mampu menang besar?

Berikut pengamatan Utusan Malaysia:

1. Sejumlah 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak dibenarkan kempen semuka untuk redakan ancaman pandemik Covid-19. Hanya `berjumpa pengundi’ di media sosial. Momentum kempen DAP yang bertanding 26 kerusi, kebanyakan di kawasan berkenaan tidak dapat diteruskan. Di Bintulu, Miri, Sibu, malah Kuching pada PRN 2016, kempen DAP dihadiri berbelas ribu orang.

2. Buktinya, dengan peratusan keluar mengundi cuma 55 peratus, DAP turut gagal pertahan tujuh kerusinya. Hanya menang Pending dan Padungan. Diburukkan lagi, tiada kesepakatan kalangan parti pembangkang. Di kubu-kubu kuat DAP di Bukit Assek ,Tanjong Batu dan Pelawan, DAP tewas tipis masing-masing 874 undi, 23 dan 100 undi kepada GPS.

Ini kerana Parti Bumi Kenyalang (PBK) dan Parti Sarawak Bersatu (PSB) `kacau daun’ pecahkan undi pembangkang. Di Bukit Assek, PBK raih 2,598 undi manakala PSB pula, 1,790 undi. Di Tanjong Batu, jumlah undi diraih GPS, 4,092, DAP (4,069), PBK (2,204) dan PSB (1,071).

3. Luka ditinggalkan DAP sewaktu Pakatan Harapan (PH) dianggotainya memerintah 22 bulan (Mei 2018-Feb. 2020) masih ada parutnya.

Ketika itu banyak projek Sarawak yang telah diluluskan Pusat dan kerajaan negeri dibatalkan.
Antaranya jambatan yang penting untuk rakyat, selain Sarawak dituntut oleh PH lunaskan hutang terlebih dahulu.
4. Baki 64 lagi kerusi DUN yang dibenarkan kempen semuka kerana capaian 4G rendah, digunakan sebaik-baiknya pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menjelajah sebahagian pelosok Bumi Kenyalang mengumumkan manfaat untuk penduduk pinggir bandar, pedalaman dan hulu Sarawak. Antaranya, menaik taraf daerah kecil ke daerah baharu serta menyelesaikan isu-isu pemilikan tanah.

5. Justeru jika PRN Sarawak serta selepas PRN Melaka 20 November lalu dilihat momentumnya, adakah sebelum Julai 2022 tempoh terbaik untuk dijalankan pilihan raya umum ke-15? Walaupun masing-masing Barisan Nasional, Perikatan Nasional dan PH ada `percaturan politik’ mereka, namun bagi GPS, mengawalkan PRU15 membolehkan gabungan itu (selepas menang besar PRN12) meraih sekurang-kurang 25 kerusi Parlimen daripada 31 di Sarawak.

GPS ketika ini memiliki 18 kerusi, dengan komposisi komponennya, PBB (13), PRS (2), PDP (2) dan SUPP (1). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN