PETALING JAYA: Pensyarah Ekonomi, Prof. Dr. Edmund Terence Gomez menegaskan, Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Abu Zahar Ujang telah menerima suratnya berhubung dakwaan salah laku membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki. Beliau kemudian meminta Utusan Malaysia merujuk kepada Ahli LPPR, Datuk Seri Akhbar Satar. “Hubungi Datuk Akhbar Satar, dia yang memberitahu saya bahawa Abu Zahar telah terima surat saya,” katanya di…










