7 rakan sekerja terima sarjana serentak - Utusan Malaysia

7 rakan sekerja terima sarjana serentak

WAN Mohd. Wazir Wan Abdul Wahab (tengah) bersama enam rakan sekerjanya berbual dengan Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik, Prof. Ts. Dr. Che Mohd. Ruzaidi Ghazali selepas Majlis Konvokesyen UMT Ke-18 (Siri Ke-2) di Kuala Nerus, hari ini. - PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Tujuh rakan sekerja di Pusat Ekosistem Digital Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mencipta kenangan manis apabila meraih ijazah sarjana serentak pada  Majlis Konvokesyen Ke-18 (Siri Ke-2) universiti itu di sini hari ini.

Kesemua graduan berkenaan merupakan pegawai teknologi maklumat dan juga penolong pegawai teknologi.

Mereka ialah Wan Mohd. Wazir Wan Abdul Wahab, 43; Ahmad Nazir Haron, 43; dan Abdul Rahim Abu Bakar, 39, yang menerima Ijazah Sarjana Teknologi Maklumat.

Manakala empat yang lain merupakan penerima Ijazah Sarjana Sains Komputer iaitu Tajul Arifin Abd. Manan, 45; Mohamad Jazli Shafizan Jaafar, 44; Nordin Abd. Rasid, 38; dan Mohd. Erman Safawie Che Ibrahim, 35.

Wan Mohd. Wazir berkata, pengorbanan mereka menyambung pengajian selama hampir setahun sejak 2019 berbaloi apabila kesemuanya menamatkan usaha itu dengan segulung ijazah.

Katanya, hasrat bergelar pelajar separuh masa itu berlaku secara kebetulan dan inisiatif berkenaan berjaya menarik minat rakan sekerja lain secara berperingkat.

“Kami merupakan antara graduan sulung bagi program sarjana teknologi maklumat dan sains komputer, tentunya hari ini merupakan detik paling manis kerana dapat bersama-sama menerima ijazah.

“Cuma, seorang lagi rakan kami tidak dapat menyertai konvokesyen hari ini kerana menjadi kontak rapat Covid-19,” katanya kepada pemberita selepas selesai majlis itu. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya