30 lokasi di Gua Musang masih berisiko banjir kilat - Utusan Malaysia

30 lokasi di Gua Musang masih berisiko banjir kilat

PENEMPATAN penduduk di pinggir Sungai Galas di Gua Musang, Kelantan dilanda banjir kilat akibat limpahan sungai tersebut baru-baru ini. - UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Kira-kira 10,000 penduduk di 30 kawasan yang dikenal pasti sebagai lokasi mudah dilanda banjir kilat diingatkan membuat persiapan awal bagi menghadapi kemungkinan tersebut, biarpun Kelantan dijangka tidak berdepan banjir besar tahun ini.

Antaranya, Kampung Kundur, Kampung Batu Papan, Kampung Pulai, Kampung Batu Enam, Kampung Bertam Lama, Kampung Kerinting, Sungai Terah, Pulau Setelu, Kampung Limau Kasturi, Bandar Lama, Kampung Kuala Sungai, Kampung Pasir Linggi, Pos Pulat dan Kampung Miak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim berkata, banjir kilat memang tidak dapat dielakkan sekiranya hujan lebat berterusan melebihi lima jam di kawasan terbabit yang terletak berhampiran Sungai Galas, Sungai Nenggiri dan Sungai Lebir.

“Saya ingin berpesan kepada para penduduk yang tinggal di kawasan berisiko tersebut supaya bersiap sedia menyelamatkan harta-benda berharga, menyimpan dokumen dan barangan penting.

“Setakat ini banjir di Gua Musang belum serius, Minggu lalu beberapa jalan perhubungan dilanda banjir kilat, namun belum ada mangsa yang dipindahkan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) melaporkan hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor mulai November hingga awal Januari 2022 sebelum berulang pada Mac, susulan peralihan Monsun Timur Laut.

Sementara itu,Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pula berkata, Kelantan diramal tidak mengalami banjir besar tahun ini, berikutan purata taburan hujan di seluruh negeri yang direkodkan setakat ini sudah pun mencecah hingga 68 peratus. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya