29 perkampungan Orang Asli di Selangor diwarta - Utusan Malaysia

29 perkampungan Orang Asli di Selangor diwarta

HEE Loy Sian menjawab pertanyaan Elizabeth Wong Keat Ping mengenai perkampungan Orang Asli di Selangor di Bangunan Annex, Bangunan SUK, Shah Alam, Selangor hari ini. - GAMBAR SELANGOR TV
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sebanyak 29 daripada 75 perkampungan Orang Asli merangkumi 60 peratus tanah kampung berkenaan diwartakan di Selangor sehingga hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau serta Hal Ehwal Orang Asal Selangor, Hee Loy Sian berkata, kesemua kampung tersebut selesai diwartakan mengikut peruntukan undang-undang negara dan negeri.

“Semua kampung ini diwartakan sama ada di bawah Rizab Sakai, Seksyen 62 Kanun Tanah Negara, Seksyen 6 Akta Orang Asli atau Seksyen 7 Akta Orang Asli.

“Secara keseluruhan, terdapat 75 perkampungan Orang Asli di negeri ini,” katanya menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong Keat Ping dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di Bangunan Annex, Bangunan SUK di sini hari ini.

Pertanyaan itu dikemukakan beliau kepada Loy Sian merujuk kepada satu laporan akhbar mengenai tanah Orang Asli di negeri ini dan meminta menjelaskan senarai dan keluasan tanah-tanah suku pribumi itu.

Justeru, Loy Sian yang juga ADUN Kajang menjelaskan, jumlah keluasan perkampungan masyarakat tersebut yang diwartakan adalah 1672.6777 hektar.

“Mengikut pecahan daerah, sebanyak 13 perkampungan Kampung Orang Asli di daerah Kuala Langat, lapan di daerah Sepang, tiga di Hulu Langat, dua di Hulu Selangor, dua di daerah Gombak dan satu di Klang.

“Saya akan bekalkan senarai nama Kampung Orang Asli kepada Yang Berhormat dengan jawapan lisan memandangkan senarai ini panjang,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang itu. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya