220 cerun kritikal seluruh negara berisiko runtuh - Utusan Malaysia

220 cerun kritikal seluruh negara berisiko runtuh

SURAYA Yaacob (barisan belakang, dua kiri) menyaksikan Abdullah Sulaiman (kiri) menyerahkan dokumen SPATR kepada Noorulhuda Mohammed Ali di Loji Rawatan Air Tupah, Merbok, Sungai Petani hari ini. - UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) mengenal pasti sebanyak 220 cerun kritikal di seluruh negara yang boleh berlaku runtuhan pada musim tengkujuh sekarang.

Ketua Pengarah JMG, Hisamuddin Termidi berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 122 cerun dikategorikan sebagai berisiko tinggi untuk berlaku runtuhan tersebut.

Menurutnya, kesemua kawasan cerun tersebut dalam pemantauan pihaknya dan sebahagian terletak kawasan penempatan penduduk.

“Lokasi tersebut sebagai contoh di Lembah Klang, berlaku kejadian tanah runtuh dan banjir di Sungai Penchala yang agak teruk dan banyak kemusnahan.

“Selain itu, kawasan berisiko terlibat antaranya Jalan Genting Peras-Kuala Klawang dan Sungai Tekali di Hulu Langat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan telaga dan sistem penapisan bawah tanah ringkas (SPATR) di Loji Rawatan Air Tupah, Merbok di sini hari ini.

Pada majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air serta Tenaga Negeri, Datuk Suraya Yaacob menyaksikan penyerahan dokumen SPATR daripada Pengarah JMG Kedah, Abdullah Sulaiman kepada Pengarah Lembaga Sumber Air Negeri Kedah(LSANK), Noorulhuda Mohammed Ali.

Akhbar semalam melaporkan sebanyak empat rumah rosak dan seorang wanita warga emas cedera selepas berlaku tanah runtuh di Jalan Palimbayan Indah, Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur pada pukul 1.22 pagi.

Sementara itu, kejadian kepala air juga berlaku di kawasan pusat peranginan Bobby Eco Camp, Bentong, Pahang pada pukul 10.40 malam, Sabtu lalu sehingga mengakibatkan tiga orang termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun hilang selepas dihanyutkan arus deras.

Dalam pada itu, Hisamuddin memberitahu, pihaknya masih belum dapat melakukan siasatan kejadian kepala air di kawasan pusat peranginan Bobby Eco Camp, Bentong itu.

“Ini kerana, pihaknya belum ada jalan untuk masuk ke kawasan punca berlakunya kejadian itu,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya bersama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bekerjasama untuk menempatkan sistem amaran awal (EWS) menggunakan peralatan dan teknologi dari Jepun di lokasi berisiko tinggi berlaku bencana tersebut.

“Kita sedang menunggu persetujuan UTM seterusnya melakukan rundingan lokasi sistem tersebut ditempatkan,” jelasnya.

Tambahnya, sistem tersebut yang turut dilengkapi siren membolehkan pihak berkaitan dan penduduk setempat mengambil langkah berjaga-jaga.

Selain itu, Pengarah Mineral dan Geosains Malaysia, Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Abdullah Sulaiman pula berkata, pihaknya akan membentangkan kajian awal kejadian kepala air di Gunung Jerai, Yan pada 18 Ogos lalu kepada Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) pada hujung bulan ini.

“Kita telah mendapat laporan awal daripada pihak konsultan tentang kesan atau punca kejadian kepala air di Gunung Jerai sebelum dibentangkan kepada KeTSA sebelum dikeluarkan secara rasmi,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya