Warga Pasir Puteh, Bachok paling kerap langgar SOP? - Utusan Malaysia

Warga Pasir Puteh, Bachok paling kerap langgar SOP?

SHAFIEN Mamat menyiram pokok yang ditanam sebagai simbolik perasmian Surau Ar-Rasyidin di IPD Tumpat, hari ini. - UTUSAN/ROHANA MOHD. NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di Kelantan antara 95 hingga 98 peratus dengan Pasir Mas dan Gua Musang merekodkan 98 peratus manakala Pasir Puteh dan Bachok terendah iaitu 95 peratus.

Selain itu, sebanyak 5,368 kompaun dikeluarkan polis terhadap premis dan individu di seluruh negeri ini kerana gagal mematuhi SOP bagi tempoh bermula Mac tahun lalu sehingga semalam.

Ketua Polis negeri, Datuk Shafien Mamat berkata, daripada jumlah kompaun itu, lebih 80 peratus membabitkan kesalahan-kesalahan yang melanggar protokol kesihatan secara langsung.

“Antaranya, tiada penjarakan sosial dan tidak memakai pelitup muka, selain tidak daftar masuk aplikasi MySejahtera. Kebanyakan premis pula dikompaun kerana tidak menyediakan cecair pembasmi kuman.

“Kompaun dikeluarkan mengikut Peraturan 16 Akta Kawalan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988 dengan denda antara RM1,500 hingga RM2,000,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Surau Ar-Rasyidin di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Tumpat hari ini.

Mengulas lanjut, Shafien berkata, kebanyakan kompaun tersebut dikeluarkan sepanjang tahun lalu manakala dalam tempoh 11 bulan tahun ini, tahap pematuhan SOP dalam kalangan rakyat Kelantan semakin meningkat.

Dalam perkembangan lain, Shafien berkata, lebih 50 peratus pegawai dan anggotanya atau 2,010 orang sudah menerima suntikan vaksin dos penggalak dan perkara itu masih lagi diteruskan ketika ini.

“Pengambilan dos penggalak ini amat penting kerana tugas polis perlu berdepan orang ramai, selain ini juga sebahagian daripada persiapan untuk membantu masyarakat menghadapi banjir tidak lama lagi,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.