[VIDEO] Tanah tinggi Cameron runtuh, detik-detik cemas dirakam - Utusan Malaysia

[VIDEO] Tanah tinggi Cameron runtuh, detik-detik cemas dirakam

TANGKAP layar tular video tanah runtuh di Cameron Highlands selepas hujan lebat, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pengguna aplikasi TikTok menyiarkan sebuah klip rakaman kejadian tanah runtuh di Cameron Highland, Pahang akibat daripada hujan yang berpanjangan.

Pengguna aplikasi itu izkechick berjaya merakam saat-saat genting itu daripada tingkap rumahnya apabila kelihatan tanah dan pokok-pokok menggelongsor ke bawah.

Menurutnya, sebelum kejadian itu berlaku, terdapat getaran yang dirasai dari rumahnya berpunca daripada pergerakan tanah serta pokok-pokok di persekitaran mula tumbang.

Video kejadian tanah runtuh di Cameron Highlands yang berjaya dirakam warganet. -video media sosial.

“Allahuakhbar!, Cameron terlalu berisiko siapa yang nak naik bercuti tu tolong tangguh dahulu, musim hujan sekarang,” kapsyennya di salah satu video yang disiarkannya di TikTok.

Sementara itu, hujan yang dilaporkan berlangsung selama dua jam semalam pada pukul empat petang menyebabkan terdapat beberapa jalan yang tertutup, turut dipercayai nahas jalan raya berlaku apabila kereta-kereta di jalan tersebut dihempap pokok-pokok yang tumbang.

Video kejadian tanah runtuh di Cameron Highlands yang berjaya dirakam warganet. -video media sosial.

Mengulas kejadian pusat peranginan itu, rata-rata pengguna TikTok menasihati mereka yang ingin mengunjungi kawasan tersebut menangguh dahulu niat mereka supaya tidak terlibat dalam insiden seperti ini, warganet turut menzahirkan perasaan risau akan keadaan mangsa-mangsa tanah runtuh berkenaan.

“Kalau macam ni keadaan cuaca, jangan lah ada sesiapa yang naik Cameron Highlands buat sementara waktu,” komen buragas254.

“Subhanallah! Ya Allah! kau permudahkan segala ya semoga yang terlibat semua selamat. Alhamdulilah anak sempat balik semalam,” komen fatimahshafie74.

“Baru merancang nak pergi ke sana minggu ni, batal dulu lah. Nyawa anak lebih penting,” komen munirah 2878.

“Musim tengkujuh tak payah la bercuti atas bukit, kalau nak bercuti pun, pergi la bandar-bandar. Bahaya betul kalau jadi macam ni,” komen yunk_ena83. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.