[VIDEO] Murid prasekolah menangis gara-gara huruf F,S - Utusan Malaysia

[VIDEO] Murid prasekolah menangis gara-gara huruf F,S

TANGKAP layar aksi lucu seorang murid menangis kerana gagal menyebut huruf S, F yang menarik perhatian warganet.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tular video Tiktok memaparkan ragam lucu seorang murid prasekolah menangis selepas tidak dapat menyebut dua perkataan S dan F seperti yang diajar gurunya.

Murid berkenaan kelihatan agak berusaha untuk menyebut dan membunyikan dua huruf tersebut, tetapi sebutannya tidak dapat membezakan bunyi sebenar kedua-dua huruf berkenaan.

Video tular mengenai keletah seorang murid yang tidak dapat membunyikan huruf S dan F mencuit hari warganet. -Video media sosial

Pemilik akaun, @Jattrump memuat naik video tersebut yang diambil daripada pemilik akaun lain serta mendapat maklum balas positif dalam kalangan warganet.

“Alamak, janganlah nangis, cikgu bukan marah kamu, cikgu ajar bunyi. Kamu ni pun. Berhenti menangis,” ujar @Jattrump.

Seorang warganet, Khairi_98 berkata; “Budak-budak la mudah sungguh teriak. Budak-budak zaman dulu, cikgu aippp..kita balas aipp balik..,” katanya.

Linda Hatta pula membalas komen; “ala baiknya cikgu…sabar je…kalau anak aku dah lebam lengan kena kutill.”

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN