Varian Omicron: Belum ada keputusan sekatan - Utusan Malaysia

Varian Omicron: Belum ada keputusan sekatan

KHAIRY Jamaluddin Abu Bakar dalam sidang akbar selepas mengadiri Majlis Apresiasi Petugas Barisan Hadapan Covid-19 KKM di NIH di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan belum memutuskan untuk melakukan sekatan perjalanan terhadap negara-negara yang dikesan mempunyai varian baharu Covid-19, Omicron, bagaimanapun, langkah itu akan dibincangkan di peringkat Kementerian Kesihatan (KKM).

Namun, langkah awal pencegahan dengan melakukan kawalan di semua pintu masuk antarabangsa apabila beberapa negara dikenal pasti mempunyai laporan jangkitan seperti Bostwana; Afrika Selatan; Hong Kong; Israel; Austria; Belgium; Italy; United Kingdom; Kanada dan Australia.

Ini termasuklah pemantauan terhadap pergerakan gelembung pelancongan di seluruh negara dan keperluan untuk melaksanakan kuarantin sama ada di rumah ataupun hotel kepada mereka yang dijangkiti atau bergejala.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, masih banyak kajian perlu dilakukan terhadap varian terbabit, namun, laporan awal diterima setakat ini gejala terhadap jangkitannya adalah sederhana.

“Kita kena tengok keganasan Omicron, kita dapat laporan awal bahawa di Afrika Selatan yang merupakan di mana liputan vaksin mereka rendah, tetapi, Omnicron ini hanya menyebabkan gejala sederhana sahaja. Kita lega, tetapi masih tidak tahu, kita kena tunggu dan lihat.

“Tetapi, perkara ini kita akan mengkaji dengan lebih mendalam lagi kerana ia bukan soal ujian, dia juga adalah soal keberkesanan vaksin, itu kita akan dapat daripada pengeluar vaksin yang sedang melaksanakan kajian dengan pantas sama ada vaksin mereka berkesan terhadap Omicron ataupun tidak,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Apresiasi Petugas Barisan Hadapan Covid-19 KKM di Institut Kesihatan Negara (NIH) di sini hari ini.

Bagaimanapun, Khairy Jamaludin menjelaskan saringan seperti kit ujian pantas (RTK) atau Rantaian Reaksi Polymerase (RT-PCR) termasuk kit ujian kendiri masih boleh digunakan untuk mengesan jangkitan varian Omicron.

Dalam pada itu, bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu turut mengulas mengenai langkah pencegahan termasuk cadangan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun, menyifatkan masih terlalu awal untuk memutuskan perkara tersebut.

“Saya rasa terlalu awal untuk kita…even semua hendak PKP rakyat marah nanti dengar huruf ‘P. K. P.’ Jadi, saya rasa terlalu awal. Penyelidik kita sedang melihat (langkah pembendungan) berdasarkan semua data yang kita boleh dapat daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan menghubungi negara lain, kita sedang semak.

“Walaupun kita sudah kawal sempadan kita kepada beberapa negara, kita juga memastikan tindakan berjaga-jaga maksudnya maksudnya kita kena nilai risiko, kita belum tahu lagi risiko sepenuhnya. Awal lagi,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya