Timbalan Menteri Pertahanan serah sumbangan kepada keluarga Kapten Mohamad Affendi - Utusan Malaysia

Timbalan Menteri Pertahanan serah sumbangan kepada keluarga Kapten Mohamad Affendi

Ibu Allahyarham Mohamad Affendi Bustamy yang maut dalam nahas pesawat Hawk 108 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menyiram air di kubur anaknya di Tanah Perkuburan Islam Muadzam Shah di Rompin, Pahang. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kebajikan keluarga anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa menjadi keutamaan Kementerian Pertahanan dan akan memastikan keluarga Allahyarham Kapten Mohamad Affendy Bustamy diberikan bantuan sewajarnya.

Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan malam ini memberitahu,
Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz hari ini mengadakan lawatan kebajikan serta menyantuni keluarga Allahyarham Mohamad Affendi, juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terkorban dalam insiden kemalangan pesawat
Hawk di Pangkalan Udara Butterworth pada Selasa lalu.

Sesi lawatan itu berlangsung di kediaman keluarga Allahyarham di Taman Redan Perdana, Muadzam Shah, Pahang.

Ikmal Hisham turut bertemu balu Allahyarham, Nurul ‘Izati Shari serta kedua ibu bapa Allahyarham, Bustamy Tuahara dan Siti Razilah
Daud bagi menzahirkan rasa simpati beliau di atas insiden yang telah berlaku.

Beliau turut menyampaikan salam takziah daripada Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan pucuk pimpinan tertinggi
Kementerian Pertahanan.

Ikmal Hisham juga menyampaikan sumbangan peribadi Menteri Kanan Pertahanan dan beliau sendiri
kepada balu serta keluarga Allahyarham.

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM), Mejar Jeneral Datuk Dzulkarnain Ahmad turut
menyampaikan sumbangan Yayasan Veteran ATM kepada balu Allahyarham.

Ikmal Hisham dan delegasi Kementerian Pertahanan kemudiannya
bersama-sama keluarga Allahyarham menyempurnakan majlis bacaan Yasin dan tahlil
untuk arwah.

Hadir sama ialah Asisten Ketua Staf Tadbir Markas
Tentera Udara, Brigedier Jeneral Mohd Suhaimi Sahri. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya