Teddy bear versi Annabelle dibakar perawat - Utusan Malaysia

Teddy bear versi Annabelle dibakar perawat

Mohamad NorHezri bersama patung beruang yang didakwa menjadi tempat tinggal jin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sesiapa yang pernah menonton filem Annabelle arahan pengarah tersohor Hollywood, James Wan, pasti akan mengaitkan kisah patung beruang yang didakwa mempunyai semangat jin dan hantu iblis ini.

Kewujudan patung beruang berhantu itu didedahkan oleh seorang perawat dari Terapi Islam Ibnu Katsir, Muhammed NorHezri Baharudin dalam Facebook  setelah merawat seorang pesakit yang mengalami kerasukan.

Dia membuat pendedahan berkenaan sebagai peringatan kepada orang ramai khususnya umat Islam supaya tidak menyimpan patung untuk dijadiakan hiasan atau kawan di rumah.

PATUNG beruang yang didakwa menjadi sarang jin akhirnya dibakar.

Malah, Muhammad NorHezri turut menunjukkan gambar-gambar detik patung beruang itu dibakar sebagai simbolik memusnahkan ‘sarang’ jin berkenaan.

“Nasihat dan panduan terus diberikan pada pesakit ini. Jin telah menetap pada patung tersebut sehingga pesakit merasakan patung tersebut hidup. Patung ini akhirnya dibakar dan pesakit dapat merasakan sesuatu yang amat berbeza didalam dirinya,” kata Muhammad NorHezri.

Patung beruang tersebut merupakan milik seorang gadis muda yang mendapatkan rawatan di pusat rawatan berkenaan.

Gadis itu sebelum ini dikatakan sering mengalami kerasukan, panas baran dan mengalami kegatalan kulit dan kini  telah pulih sepenuhnya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya