Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka boleh dikatakan paling mencabar dalam sejarah perjalanan pilihan raya negara ini sejak 1955. Sebelum ini, mana-mana kempen pilihan raya boleh dilakukan secara bebas, sebaliknya PRN itu menyaksikan sekatan kempen sekali gus menghadkan pergerakan calon dan jentera parti untuk bertemu pengundi. Langkah itu diambil ekoran keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengelakkan penularan virus Covid-19 dan tidak mengulangi kes situasi PRN Sabah meskipun kadar vaksinasi keseluruhan…