Rolls-Royce bina reaktor modular kecil untuk penjanaan tenaga nuklear - Utusan Malaysia

Rolls-Royce bina reaktor modular kecil untuk penjanaan tenaga nuklear

ILUSTRASI reaktor modular kecil Rolls-Royce di UK. - Ihsan Rolls-Royce
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Britain telah memberi AS$283 juta (RM1.17 bilion) untuk membantu Rolls-Royce membina reaktor modular kecil (SMR) pertama negara sebagai sebahagian daripada usaha untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih.

Bagi mencapai matlamat itu menjelang 2050, negara itu memerlukan peningkatan besar dalam penjanaan kuasa rendah karbon seperti angin, suria dan nuklear, tetapi projek nuklear baharu berskala besar sukar untuk mendapatkan pembiayaan.

Setiausaha Perniagaan dan Tenaga, Kwasi Kwarteng berkata, SMR menawarkan peluang menarik untuk mengurangkan kos dan pembinaan lebih cepat, memastikan pihaknya dapat membawa elektrik bersih ke rumah orang ramai dan mengurangkan lagi penggunaan bahan api fosil yang semakin berkurang.

Lapor Reuters, Britain juga berhasrat untuk meningkatkan bilangan pekerjaan teknologi bersih sebagai sebahagian daripada revolusi perindustrian hijaunya danberkata mereka sedang berusaha untuk mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil di tengah-tengah kenaikan harga gas global.

“Kenaikan harga gas yang dramatik tahun ini telah menyaksikan beberapa pembekal tenaga kecil Britain mengalami kerugian.

“SMR boleh dilakukan di kilang, dengan bahagian kecil yang mudah diangkut kepada trak selain mudah, cepat dan murah untuk dipasang berbanding reaktor berskala besar,” katanya.

Kerajaan Britain dalam satu kenyataan berkata, pembiayaan itu akan membolehkan teknologi terbabit mengambil langkah seterusnya melalui proses pengawalseliaan nuklear Britain dan membantu mengenal pasti tapak di mana kilang kecil nuklear boleh ditempatkan.

Sementara itu, menurut Rolls-Royce SMR, kumpulan Rolls-Royce, BNF UK Limited dan Exelon Generation Limited akan melabur sebanyak AS$264.68 (RM1.09 bilion) dalam syarikat tujuan khas (SPV), Rolls-Royce SMR Ltd., sepanjang tiga tahun dalam teknologi itu.

Ketua Eksekutif Rolls-Royce, Warren East berkata, syarikat akan memiliki kira-kira 80 peratus daripada Rolls-Royce SMR apabila selesai penjanaan ekuiti tersebut.

“Perniagaan SMR boleh mewujudkan sehingga 40,000 pekerjaan melalui pertumbuhan penempatan dan eksport UK,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya