[PARLIMEN] Mahfuz: ‘Bajet 2022 bajet sembelit’ - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Mahfuz: ‘Bajet 2022 bajet sembelit’

MAHFUZ OMAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Datuk Mahfuz Omar (Amanah-Pokok Sena) menyifatkan Belanjawan 2022 adalah ‘bajet sembelit’.

Menyentuh beberapa aspek khususnya isu pembaziran menerusi pembentangan Laporan Audit Negara, jelasnya kerajaan tidak mempunyai usaha untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

“Kabinet begitu besar, tetapi tidak menghasilkan sesuatu pencapaian besar sepanjang kabinet kerajaan yang dibentuk kali ini, ini suatu yang tidak seharusnya berlaku. Kerajaan perlu sedar untuk mengecilkan kabinet kerana pembaziran sangat besar, tidak menyumbang kepada sesuatu lebih baik untuk masa depan negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Malah, pelantikan di dalam agensi kerajaan dan GLC tidak seharusanya berlaku dalam jumlah besar, kerajaan harus berani mengurangkan bilangan anggota dalam GLC yang berada dalam negara kita ini untuk mengruangkan pembayaran yang tidak mendapatkan pulangan di bawah pengendalian GLC-GLC yang ada,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2022 di Dewan Rakyat, hari ini.

Malah jelas Mahfuz lagi, kerajaan juga tidak mempunyai usaha jitu untuk memerangi rasuah dalam pembentangan Belanjawan 2022.

“Bajet ini adalah bajet berak tidak puas kerana saya semak dalam ucapan bajet, tidak ada perkataan untuk memerangi rasuah, walaupun ada peruntukan tambahan berbanding tahun ini 2021, tetapi tidak ada penyertaan khusus untuk memerangi rasuah dan juga memulihkan kembali kepercayaan dan rakyat kepada institusi seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sendiri. Ini sesuatu yang perlu diberi perhatian,” katanya. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini