[PARLIMEN] Caruman baharu KWSP dikredit ke Akaun 1 - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Caruman baharu KWSP dikredit ke Akaun 1

MOHD. SHAHAR ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Semua caruman daripada ahli yang mengeluarkan simpanan di bawah skim i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra, akan dikreditkan ke Akaun 1 sepenuhnya sehingga jumlah wang yang dikeluarkan itu diganti semula.

Jelas Timbalan Menteri Kewangan, Mohd. Shahar Abdullah, pecahan caruman akan kembali kepada 70 peratus ke Akaun 1 dan 30 peratus ke Akaun 2.

“Ini adalah usaha kerajaan untuk menambah baik simpanan ahli yang telah membuat pengeluaran melalui skim i-Sinar dan i-Citra untuk meringankan beban ditanggung berikutan impak pandemik Covid-19,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Che Abdullah Mat Nawi (PN-Tumpat) meminta kerajaan menjelaskan mengenai tindakan kerajaan meningkatkan simpanan persaraan pencarum KWSP, selepas sejumlah besar wang dikeluarkan daripada tabung persaraan itu.

Mengulas lanjut, Shahar turut berkata langkah yang dibuat kerajaan itu adalah berdasarkan statistik semasa dan mengambil kira pengeluaran skim i-Sinar dan i-Citra, hanya 27 peratus daripada ahli aktif berumur 18 hingga 55 tahun dijangka mempunyai simpanan dalam Akaun 1 melebihi kuantum simpanan asas yang ditetapkan mengikut umur. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN