Malaysia-AS bincang kolaborasi, peluang manfaat perdagangan - Utusan Malaysia

Malaysia-AS bincang kolaborasi, peluang manfaat perdagangan

ISMAIL Sabri Yaakob mengadakan perbincangan bersama Raimondo di Parlimen, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia dan Amerika Syarikat membincangkan kolaborasi dan peluang-peluang baharu untuk manfaat perdagangan di antara kedua-dua negara. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu antara yang dibincangkan bersama Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat, Puan Yang Terutama, Gina Raimondo selepas menerima kunjungan hormatnya di Parlimen, hari ini. 

“Kami membincangkan kolaborasi yang berpotensi untuk dikembangkan dan peluang-peluang baharu untuk manfaat perdagangan di antara Malaysia serta Amerika Syarikat.

“Malaysia meraikan hubungan baik dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat dan optimis dengan segala perancangan yang telah diaturkan demi kecemerlangan bersama.

“Terima kasih PYT Gina Raimondo dan delegasi atas kunjungan ke Malaysia,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.  -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN