Harga MSM dijangka kekal tinggi hingga 2022 - Utusan Malaysia

Harga MSM dijangka kekal tinggi hingga 2022

Masalah kecurian dan tipu timbangan buah sawit mengakibatkan pekebun kecil mengalami kerugian akan diatasi melalui pelaksanaan e-FFB. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penganalisis ekonomi menjangkakan Harga minyak sawit mentah (MSM) akan kekal di atas paras RM4,000 satu tan sehingga hujung tahun 2022. 

Penganalisis Ekonomi Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Business School, Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, faktor yang menyokong harga komoditi ketika ini ialah permintaan berterusan daripada pasaran utama iaitu China dan India, serta kenaikan komoditi alternatif iaitu minyak kacang soya. 

“Perang tarif antara China dan India sejak 2019 masih lagi berterusan sekaligus menyebabkan pengurangan pembelian minyak kacang soya daripada Amerika Syarikat (AS) sekali gus meningkatkan pembelian MSM oleh China. 

“Selain itu, pemulihan ekonomi dunia juga menjadi pendorong kepada peningkatan permintaan pengguna,” katanya kepada Utusan Malaysia. 

Mengulas lanjut, beliau berkata, kenaikan harga MSM pada paras tertinggi yang dicatatkan baru-baru ini iaitu sebanyak RM5,400 adalah anugerah kepada para peneroka.

Aimi Zulhazmi berharap kenaikan harga itu dapat dikekalkan, namun secara realistiknya penurunan harga MSM itu perlu difaktorkan.

Sementara itu, Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan Universiti Kewangan Islam Global (Inceif), Prof. Madya Dr. Baharom Abdul Hamid berkata, peningkatan harga itu diibaratkan sebagai ‘durian runtuh’ untuk peneroka namun mereka tetap perlu berhati-hati dan membuat perancangan kewangan yang baik.

“Harga MSM dijangka akan stabil buat sesuatu tempoh dan bakal menyusut kembali apabila penawaran dipertingkatkan dengan kemasukan buruh asing yang dijangka akan kembali membanjiri ladang-ladang memandangkan kelulusan khas telah diberikan.

“Jika dibandingkan dengan saingan terdekat seperti minyak kacang soya, kenaikan harga MSM dijangka akan lebih mencabar. Sebarang peningkatan berterusan mungkin akan mengalihkan permintaan ke arah minyak soya semula,” jelasnya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya