Haram dimakan ayam tak matang jika mudarat kesihatan - Utusan Malaysia

Haram dimakan ayam tak matang jika mudarat kesihatan

Wan Salim Wan Mohd. Noor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – “Sekiranya ada bukti memakan daging ayam yang belum matang menyebabkan pemakannya sakit, maka ia haram dimakan kerana faktor kemudaratan, bukan kerana saiznya yang kecil dan belum cukup masa matangnya.”

Demikian menurut Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor berhubung perkara terbabit dari sudut hukum syarak dan implikasinya terhadap umat Islam.

Bagaimanapun menurutnya, tidak disyaratkan ayam yang cukup umur untuk dimakan oleh orang Islam.

“Cuma yang perlu diperhatikan, ayam atau apa jua haiwan yang hendak dimakan itu adalah daripada jenis haiwan ternakan yang dibenarkan dimakan oleh orang Islam serta disembelih mengikut peraturan yang ditetapkan di dalam syariat.

“Berkaitan isu penjualan daging ayam dan haiwan-haiwan ternakan untuk makanan orang ramai, para peniaga dikenakan beberapa larangan yang bertujuan mencegah berlaku penganiayaan terhadap para pengguna,” katanya di sini semalam.

Beritahu memberitahu, antara lain peniaga dilarang memperkotakkan-katikkan harga bahan jualan, menipu harga, mengeksploitasi keperluan orang ramai kepada barangan tertentu terutama makanan, mengurangkan timbangan dan sukatan, menyorok bahan-bahan supaya dapat dijual dengan harga yang lebih tinggi daripada harga sebenar.

“Begitu juga dilarang mengaut keuntungan yang berlebihan sehingga membebankan para pengguna,” ujarnya.

Justeru, beliau menasihatkan para peniaga tidak menaikkan harga bahan makanan sewenang-wenangnya dengan mengambil kesempatan daripada suasana pandemik Covid 19 yang menyukarkan kehidupan masyarakat,” tambahnya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya