PETALING JAYA : Memorandum persefahaman (MoU) hanya persefahaman semata-mata dan bukannya perjanjian yang mengikat antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) berhubung tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Pensyarah kanan Pusat Pengajian Kerajaan, Undang undang dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Mohamad Faisol Keling berkata, sekiranya rakyat memerlukan pilihan raya untuk membentuk kerajaan yang stabil, maka amat wajar diteruskan tanpa mengambil kira MoU yang dimeterai kedua-dua pihak.…