PERANG manifesto antara calon dan parti bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sudah berlalu sewaktu pusingan pertama kempen pilihan raya apabila menyaksikan masing-masing menawarkan pelbagai janji sekiranya diberikan mandat oleh rakyat selepas hari pengundian pada Sabtu ini. Barisan Nasional (BN) mengetengahkan manifesto ‘Kestabilan Demi Kemakmuran 5 tahun’ manakala Pakatan Harapan (PH) pula ‘Pelan Tindakan Maju Bersama Harapan’, selain itu Perikatan Nasional (PN) menampilkan ‘Prihatin Rakyat Melaka Bangkit Gemilang’ dengan…