512 graduan CILTM terima pengiktirafan profesional - Utusan Malaysia

512 graduan CILTM terima pengiktirafan profesional

KONVOKESYEN Institut Piagam Pengangkutan dan Logistik Malaysia (CILTM) ke-19 berlangsung secara maya di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seramai 512 graduan menerima kelayakan profesional masing-masing sempena Konvokesyen Institut Piagam Pengangkutan dan Logistik Malaysia (CILTM) ke-19 yang berlangsung secara maya di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), semalam.

Daripada jumlah itu, 19 graduan menerima Anugerah Pelajar Terbaik. Dua daripada mereka menerima Anugerah Presiden di atas kemerlangan akademik.

CILTM dalam satu kenyataan akhbar memaklumkan, universiti dan kolej yang mengambil bahagian dalam konvokesyen tersebut ialah Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Kuala Lumpur-Institut Teknologi Kejuruteraan Marin (UniKL-Mimet), Universiti Kuala Lumpur-Institut Teknologi Industri (UniKL-Mitec, Universiti Utara Malaysia, Universiti UCSI, Universiti Tunku Abdul Rahman dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Selain itu, Kolej Profesional Mara Bandar Penawar, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Universiti Meritus, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Akademi AK, Akademi United Vision dan Tentera Laut Diraja Malaysia.

Antara yang hadir dalam majlis itu ialah Presiden Institut Piagam Pengangkutan dan Logistik (CILT) Antarabangsa, Datuk Abd. Radzak Abd. Malek dan Presiden CILTM, Datuk Muhammad Muhiyuddin Abdullah. –  UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya