10 kerusi panas penentu menang majoriti mudah - Utusan Malaysia

10 kerusi panas penentu menang majoriti mudah

pru
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Sebanyak 10 daripada 28 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dianggap panas bakal menjadi penentu kemenangan majoriti mudah kepada parti yang bertanding bagi membentuk kerajaan negeri.

Pemerhati politik berpendapat setiap parti iaitu Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Putra dan calon Bebas mempunyai peluang sama rata dalam pertembungan lebih daripada tiga penjuru di kawasan-kawasan panas tersebut.

Kerusi tersebut ialah Asahan, Rembia, Durian Tunggal, Bemban, Gadek, Machap Jaya, Pengkalan Batu, Tanjung Bidara, Duyong dan Paya Rumput.

Daripada 10 kerusi berkenaan, tujuh ditandingi UMNO manakala selebihnya adalah MCA.

Turut menjadi perhatian ialah kerusi yang ditandingi nama besar seperti Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab. Raof Yusoh di Tanjung Bidara: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PH-Tanjung Bidara): bekas Ketua Menteri Melaka,

Datuk Seri Idris Haron (PH-Asahan) dan Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin (PH-Paya Rumput).

Semua kerusi berkenaan menyaksikan pertembungan antara tiga hingga enam penjuru sekali gus menyukarkan ramalan awal calon yang berpotensi menang.

Bercakap kepada Utusan Malaysia Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mujibu Abd. Muis berpandangan, pengundi Melayu menjadi penentu kemenangan kepada kerusi ditandingi UMNO dan PN.

Namun katanya, wujud persepsi melibatkan calon BN kerana mengetengahkan muka baharu di samping mengekalkan empat penyandang lama secara tidak langsung mempengaruhi sokongan undi kepada mereka ketika hari pengundian pada minggu depan.

“Jika sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pertembungan pelbagai penjuru memberikan kelebihan kepada BN, namun selepas 2008 ia berubah dan menguntungkan PH apabila berlaku pecahan undi ketika itu.

“Namun dalam PRN Melaka, bukan sahaja BN, situasi getir ini juga berlaku kepada PH dan PN apabila mereka juga berdepan masalah tertentu,” katanya.

Dalam pada itu, Ab. Raof berkata, tiada istilah kerusi selamat dan sebaliknya semua 28 kerusi ditandingi BN perlu dianggap sebagai yang bermakna semua pihak perlu bersedia 1,001 kemungkinan.

“Kita tiada mengharap seputih-putihnya, cuma kita mengharapkan semua kelabu dengan kesemuanya perlu diberikan perhatian,” katanya.

Namun beliau yakin rakyat yang telah berhadapan tiga era pentadbiran kerajaan pada sebelum ini, akan memilih mereka.

Justeru jelas beliau lagi, rakyat dapat menilai parti mana yang terbaik dan BN mempunyai pengalaman terbaik samping selari dengan pendirian peringkat Pusat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×