Terus gali khazanah di Pulau Nangka - Utusan Malaysia

Terus gali khazanah di Pulau Nangka

PULAU Nangka didakwa mempunyai banyak khazanah yang tersimpan kerana menjadi tempat perbendaharaan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pencarian khazanah, artifak atau harta karun di Pulau Nangka, Melaka yang pernah menjadi kawasan perbendaharaan zaman Kesultanan Melayu Melaka satu ketika dahulu perlu diteruskan sejak dihentikan 2015.

Setiausaha Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) Cawangan Melaka, Jamil Jaamat berkata, perkara tersebut perlu dilakukan agar generasi akan datang dapat melihat warisan negara ini, namun, ia tidak perlu melibatkan campur tangan mana-mana ahli politik.

Bagaimanapun, katanya, persoalan yang timbul kini adalah siapa yang sanggup untuk meneruskan pencarian tersebut yang menelan perbelanjaan tinggi.

“Pencarian sebelum ini dihentikan kerana masing-masing tak sanggup apabila ia memerlukan kos yang tinggi untuk scan (mengimbas) dan mahu memastikan (kelengkapan).

“Ini kerana harta karun yang terdapat di pulau tersebut dianggarkan bernilai sehingga trilion ringgit kerana merangkumi emas, intan dan berlian pada masa dahulu.

“Jika dahulu, seluruh dunia bertumpu kepada Melaka yang luas jajahan takluknya menjangkau nusantara, separuh sumantera, pantai timur, semenanjung utara Thailand, Sabah, Sarawak kecuali Brunei yang mempunyai Raja,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Pada Mac 2015, bekas Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (Perzim), Datuk Khamis Abas berkata, segala kerja pencarian harta karun di pulau itu sudah dihentikan.

Katanya, ia berikutan kegagalan sebuah syarikat mematuhi syarat yang ditetapkan apabila merosakkan alam sekitar pulau berkenaan selain hanya dua syiling lama sahaja yang berjaya ditemui sepanjang pencarian di pulau itu.

Menurut Jamal, harta karun di pulau kecil itu juga sememangnya terbukti wujud kerana pencarian sebelum ini pernah melibatkan penggunaan teknologi moden untuk mengimbas pulau berkenaan.

“Semasa saya menjadi board director (ahli lembaga pengarah) Perzim, kita ada panggil pakar untuk scan menggunakan teknologi moden dan benda itu (harta karun) ada, tetapi tidak boleh dibawa keluar.

“Selepas itu kita ada panggil konsultan yang mempunyai kepakaran untuk scan daripada udara, memang benda (harta karun) itu ada, tetap juga tak boleh mahu bawa keluar,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya