Sultan Nazrin berkenan terima menghadap PM  - Utusan Malaysia

Sultan Nazrin berkenan terima menghadap PM 

SULTAN Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima menghadap Ismail Sabri Yaakob untuk mesyuarat Pra-Kabinet di Istana Perak, Kuala Lumpur hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Timbalan Yang di-Pertuan Agong Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mesyuarat Pra-Kabinet di Istana Perak, Kuala Lumpur hari ini.

 

Perkhabaran itu dikongsikan dalam laman Facebook rasmi Istana Negara hari ini. 

 

Menurut Istana Negara, Mesyuarat Pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama  untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan.

 

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada ketika ini melaksanakan fungsi-fungsi Yang di-Pertuan Agong sepanjang Lawatan Khas Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ke United Kingdom (UK) sepertimana yang diperuntukan dalam Perkara 33 (1) Perlembagaan Persekutuan. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN