SPAN tidak terbabit kempen Bantuan Kredit Shopee RM200 Untuk Rakyat Malaysia - Utusan Malaysia

SPAN tidak terbabit kempen Bantuan Kredit Shopee RM200 Untuk Rakyat Malaysia

TANGKAP layar kempen 'Bantuan Kredit Shopee RM200 Untuk Rakyat Malaysia' yang dinafikan SPAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA:  Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menafikan terbabit dalam kempen ‘Bantuan Kredit Shopee RM200 Untuk Rakyat Malaysia’ seperti yang tular dalam media sosial ketika ini.

 

SPAN berkata, sebarang promosi atau kempen anjuran SPAN hanya diiklankan dalam laman media sosial rasmi atau laman sesawang SPAN sahaja.

 

“Kami memandang serius isu berkenaan kerana ia mengaitkan secara langsung dengan Program Jimat Air 1.0 anjuran SPAN sebelum ini.

 

“SPAN juga ingin memaklumkan bahawa pemberian rebat untuk pembelian produk cekap air melalui Shopee ditebus sepenuhnya pada September lalu,” katanya menerusi kenyataan akhbar, semalam.

 

Katanya, pengguna dinasihatkan membuat pengesahan dengan Shopee terlebih dahulu sebelum mengambil bahagian dalam mana-mana promosi. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN