Selangor, KPKT bincang isu lif rosak - Utusan Malaysia

Selangor, KPKT bincang isu lif rosak

PENGERUSI Blok D Pangsapuri Seri Perantau, Zainul Abidin Abu Hassan (kanan) Setiausaha Jawatankuasa Penduduk, Shamsul Anuar Abdul Halim (kiri) sedang menampal notis peringatan berikutan kerosakn lif di sana ketika tinjauan isu gangguan bekalan air di Selangor sehingga Sabtu ini. - UTUSAN / ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan membincangkan isu kerosakan lif di Pangsapuri Seri Perantau, Pelabuhan Klang dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk tindakan susulan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri, Rodziah Ismail berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai masalah itu yang diterima pihaknya sejak dua bulan lalu.

“Kita sudah menyampaikan dan merujuk kepada KPKT mengenai isu lif berkenaan.

“Justeru, perbincangan dan perkongsian antara kedua-dua pihak adalah lebih baik terutama melibatkan faktor peruntukan,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Sistem Hartanah Berstrata Pintar Selangor (SISP) di sini, hari ini.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, masalah lif dan tangki air di pangsapuri itu menambah keperitan penduduk terutama warga emas ketika berlakunya gangguan bekalan air bermula semalam.

Kesulitan itu dihadapi berikutan hanya satu lif di setiap 12 blok pangsapuri berkenaan berfungsi selain beberapa tangki didakwa rosak sejak sekian lama menyebabkan lebih 8,000 penduduk terpaksa bersesak mendapatkan bekalan air sekiranya mahu mengambil bekalan dari lori tangki air.

Jelas Rodziah, pihaknya menyedari keadaan lif di kawasan perumahan itu agak teruk.

“Sebuah lif yang berfungsi di setiap blok pangsapuri itu juga hasil bantuan dan tindakan oleh kerajaan negeri.

“Namun, kita turut perlu memberi tumpuan kepada pembaikian lif yang masih tidak beroperasi,” katanya.

Untuk rekod, Pangsapuri Seri Perantau terbahagi kepada dua fasa yang menempatkan sebanyak 1,656 rumah masing-masing setinggi lapan dan sembilan tingkat.

Sehingga Sabtu ini, sebanyak 998 kawasan di Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor mengalami gangguan bekalan air berjadual sehingga Sabtu ini.

Gangguan itu susulan kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset kritikal yang menyebabkan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1). -UTUSAN ONLINE

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya