Segamat hab baru agro makanan utara Johor - Utusan Malaysia

Segamat hab baru agro makanan utara Johor

HASNI Mohammad (dua kanan) menyerahkan replika bantuan kepada penerima PRE Ihsan Johor 3.0 di Bandar Putra Segamat di Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Daerah Segamat bakal dijadikan daerah baru pembangunan koridor ekonomi pantai timur (ECER) bagi wilayah utara di negeri Johor. 

Ia sejajar dengan potensi daerah itu sebagai hab agro makanan negeri termasuk eko pelancongan dan kawasan-kawasan perindustrian baharu.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, daerah berkenaan berpotensi menjadi pusat perdagangan pertanian di utara negeri itu. 

“Di sebelah selatan sudah dikenal pasti beberapa lokasi tapak hab, namun sebelah utara ini belum ada lagi.

“Oleh kerana Segamat telah menjadi sebahagian ECER maka wajarlah kita gerakkan ia sebagai lokasi daerah hab agro makanan ,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menyerahkan bantuan kepada 22 penerima Inisiatif Bantuan One-Off Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0 untuk peniaga serta penyerahan Outright Grant kepada lima Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) daerah Segamat.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri. Datuk Azmi Rohani; Pegawai Daerah Segamat, Nasri Md. Ali dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Segamat, Ungku Mohd. Tahir Ungku Mohd. Zakaria.

Menurut Hasni, Johor adalah pengeskport buah-buahan terbesar dalam negara dengan nilai eksport makanan ke Singapura sahaja mencecah AS$2 bilion dolar setahun.

Katanya, ia sekaligus meningkatkan potensi negeri itu sebagai hab pengeluaran makanan negara.

Sementara itu, bagi penerima PRE, Khalidah Gemali, 23, dan suaminya, Zul Helmi Abdul Hamid, 23, bersyukur kerana permohonan sebanyak RM500 pada Ogos lalu mendapat kelulusan kerajaan negeri.

“Sejak dua tahun lalu saya mengusahakan makanan sejuk beku pelbagai kuih muih tradisional antaranya karipap, kek dan roti canai,” katanya. 

Menurutnya, inisiatif bantuan itu boleh menambah modal pusingan dan semangat untuk mereka meneruskan perniagaan yang sebelum ini amat terjejas akibat wabak Covid-19. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya