Pesakit Covid-19 perlukan alat bantuan pernafasan semakin menurun - Utusan Malaysia

Pesakit Covid-19 perlukan alat bantuan pernafasan semakin menurun

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tempat kerja terus merekodkan jumlah terbanyak dengan pertambahan enam daripada 13 kluster Covid-19, hari ini dengan Selangor menyumbang kluster terbanyak. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, selain itu, tiga komuniti manakala pendidikan swasta, pendidikan lain, kumpulan berisiko dan pusat tahanan, masing-masing satu kluster. 

Tempat kerja katanya, empat di Selangor dengan Melaka dan Kedah, masing-masing satu kluster manakala kluster komuniti pula, dua di Sarawak dan satu di Pahang. 

“Kluster lain pula, satu kluster pendidikan swasta di Kedah, satu kluster pendidikan lain di Negeri Sembilan serta satu kluster kumpulan berisiko tinggi di Selangor dan satu kluster pusat tahanan di Sarawak. 

“Jumlah terbabit menjadikan keseluruhan kluster aktif sebanyak 762 kluster manakala 4,862 kluster yang telah tamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

 Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan peningkatan kes positif Covid-19 iaitu 7,950 kes berbanding semalam, 7,276 kes sekali gus terus diatasi 10,832 kes sembuh manakala 725 kes Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 380 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Daripada 7,950 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 133 kes (1.7 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima. 

“Baki 7,817 kes (98.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya.

Dalam perkembangan melibatkan kematian, Malaysia semalam, mencatatkan peningkatan jumlah kematian yang dilaporkan iaitu 103 kes berbanding kelmarin, 93 kes. 

Rekod terbabit adalah setakat pukul 7 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 27,525 kes. 

Sebanyak 26 daripada 103 kematian melibatkan kes yang dibawa ke hospital (BID) dengan jumlah keseluruhan kes sebanyak 5,556 kes.  -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya