LONDON: Ejen perisik Rusia didakwa ‘mencuri pelan tindakan yang dihasilkan untuk mencipta vaksin Covid-19 keluaran AstraZeneca’.
Tindakan itu dilakukan dipercayai bagi menghasilkan vaksin Covid-19 pertama keluaran Rusia iaitu Sputnik.
Agensi keselamatan United Kingdom (UK) mendakwa mereka sudah memperoleh bukti yang menunjukkan berlaku kecurian pelan tindakan melibatkan ejen perisik Rusia.
Bekas Menteri Keselamatan Britain, James Brokenshire berkata, beliau ‘yakin lebih 95 peratus’ bahawa agensi perisikan Rusia bertanggungjawab melakukan jenayah tersebut.
“Saya berpendapat, kerajaan Rusia hipokrit kerana mereka kononnya menyokong keselamatan siber, tapi rupanya mereka juga yang melancarkan serangan siber terhadap negara lain,” katanya seperti yang dipetik Metro.
Sementara itu, kerajaan Britain enggan memberi sebarang kenyataan berhubung dakwaan tersebut.









