Peniaga program MyRakyat FAMA lega perniagaan semakin pulih  - Utusan Malaysia

Peniaga program MyRakyat FAMA lega perniagaan semakin pulih 

RichWorks hulur tangan bagi usahawan terjejas banjir. -GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Para peniaga di sini kini kembali menarik nafas lega selepas program jualan terus hasil pertanian, MyRakyat anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang terhenti ekoran pandemik Covid-19, kini kembali beroperasi.. 

 

Seorang peniaga, Siti Nur Ashikin Aminudin berkata, meskipun program terbabit mulai semalam dijalankan menerusi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat, namun, orang ramai dilihat selesa dan berbelanja menerusi program berkenaan. 

 

“Pelanggan yang berkunjung pun memang sentiasa berwaspada dan mereka tetap hadir sebab ada yang lebih gemar memilih sendiri sayur-sayuran yang mereka mahu. 

 

“Setakat ini, perniagaan saya berjalan lancar dan sambutan yang diterima juga amat memberangsangkan,” katanya yang menjual sayur-sayuran dan produk sejuk beku di padang bola Taman Pauh, di sini hari ini. 

 

Seorang lagi peniaga, Sulaiman Wahab berkata, pengunjung program MyRakyat di Taman Pauh itu didapati lebih ramai berbanding di bandar Perda semalam. 

 

“Memang seronok sebab dapat berniaga semula dah berinteraksi dengan pelanggan. 

 

“Walaupun ramai, masing-masing kekal menjaga penjarakan sosial,” katanya. 

 

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FAMA, Abdul Rashid Bahri berkata, penjenamaan semula program My Best Buy yang kini dikenali sebagai MyRakyat diyakini dapat terus menawarkan produk pertanian dengan harga berpatutan. 

 

“Konsepnya masih sama, malah, kini semua agensi boleh terlibat dan sesiapa saja boleh menyertainya. 

 

“Program ini berlangsung sebulan sekali, namun, ada peniaga yang memohon supaya dijalankan dua minggu sekali ekoran sambutan yang diterima amat menggalakkan,” katanya.  -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN