‘Pengemis muka tikus’ jadi tradisi di Pakistan - Utusan Malaysia

‘Pengemis muka tikus’ jadi tradisi di Pakistan

NADIA menjadi 'pengemis tikus' selepas ditinggalkan ibu bapanya di kuil semasa kecil. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD: Pakistan mempunyai tradisi pelik apabila ada segelintir masyarakat meletakkan kepala bayi yang baru lahir ke dalam topeng besi bagi menyekat pertumbuhan tengkorak.

Hasil pemakaian topeng besi tersebut akan menjadikan bentuk tengkorak bayi membesar secara tidak normal, sekali gus menyebabkan struktur wajah dan dahi menjadi cacat menyerupai muka tikus.

Kemudian, kanak-kanak dengan muka tikus atau dikenali sebagai ‘chuhas’ itu akan dipaksa menjadi pengemis jalanan.

Hal ini kerana, masyarakat Pakistan percaya, mereka yang tidak bersedekah atau memberi duit kepada kanak-kanak chuhas, mereka akan ditimpa nasib buruk.

Tradisi zalim itu dipraktikkan sejak berabad lamanya, terutamanya oleh kumpulan penjenayah yang ingin mengeksploitasi golongan kanak-kanak kurang upaya bagi meraih wang secara mudah.

Kumpulan penjenayah didakwa menculik kanak-kanak yang sihat sebelum mencacatkan mereka menerusi kaedah kejam dan dipaksa mengemis tepi jalan.

Berdasarkan cerita turun-temurun masyarakat Pakistan, amalan itu bermula selepas seorang lelaki yang dikenali sebagai Shah Duala pada abad ke-17 menawarkan diri untuk menjaga kanak-kanak yang ditinggalkan ibu bapa atau cacat.

Sebagai balasan, kanak-kanak itu perlu mengemis untuknya.

Shah Duala juga mencetuskan ‘kepercayaan karut’ kepada orang ramai bahawa dia mampu membantu pasangan suami isteri yang sukar mendapat anak untuk menjadi ibu bapa.

Namun, Shah Duala memberi syarat, dia hanya boleh membantu sekiranya pasangan suami isteri tersebut bersetuju untuk menyerahkan anak pertama mereka untuk dijaganya, tanpa menyedari niat jahat lelaki itu.

Hal itu menyaksikan ramai ibu bapa meninggalkan anak mereka di kuil, kononnya untuk dijaga oleh Shah Duala.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya