MKN tentukan tarikh pembukaan pelancongan antara negeri – Nancy - Utusan Malaysia

MKN tentukan tarikh pembukaan pelancongan antara negeri – Nancy

NANCY Shukri (kanan) bercakap kepada seorang pelajar di pusat pemberian vaksin di SMK Simunjan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIMUNJAN: Majlis Keselamatan Negera (MKN) akan memutus tarikh pembukaan pelancongan antara negeri.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, beliau tidak dapat menyatakan tarikh pembukaan itu kerana ia akan ditentukan oleh MKN dan akan diumumkan oleh perdana menteri kelak.

“Pelancongan domestik antara negeri dirancangkan mula dibuka pada 1 Oktober lalu, tetapi, kemudian ditangguh sehingga 90 peratus rakyat negara ini sudah menerima dua dos vaksin.

“Buat masa ini, hanya pelancongan dalam negeri sendiri sahaja yang dibenarkan, kecuali Langkawi yang dibuka untuk gelembung pelancongan (travel bubble), iaitu antara negeri,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini sempena lawatan kerja beliau pada Sabtu.

Selain Langkawi, katanya Melaka juga ditawar untuk program gelembung pelancongan, tetapi kerajaan negeri itu menolak dengan alasan sukar untuk mengawal kemasukan pelawat ketika pandemik Covid-19.

Mengenai program gelembung pelancongan antara negara, Nancy berkata beliau akan mengadakan perbincangan bilateral dalam masa dua minggu akan datang dengan rakan sejawatan dan pegawai dari beberapa negara mengenai prosedur operasi standard (SOP) yang akan dipersetujui bersama.

Katanya, kementeriannya juga sudah mempunyai draf panduan SOPnya yang akan dikemukakan kepada MKN untuk kelulusan.

Ditanya tindakan Sarawak yang sudahpun membuka pelancongan domestiknya bermula 1 Oktober lalu, Nancy berkata, negeri ini mempunyai kementeriannya sendiri yang menguruskan perkara-perkara berkaitan pelancongan.

Bagaimanapun, katanya, esok beliau akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Pelancongan, Seni dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah untuk membincangkan perkara tersebut secara lebih terperinci.

Pada 30 September lalu, Abdul Karim telah mengumumkan Sarawak mulai membuka pelancongan domestiknya mulai 1 Oktober dengan penetapan SOPs yang ketat.

Terdahulu Nancy mengadakan tinjauan ke pusat pemberian vaksin (PPV) di Sekolah Menengah Kerajaan (SMK) Simunjan dan Rumah Rehat Simunjan yang baharu di mana Bank Rakyat akan menempatkan mesin ATM dan DCMnya bagi memudahan urusan perbankan di kalangan penduduk daerah Simunjan. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya