‘Mengapa Najib dapat pasport?’, soal Dr. Mahathir - Utusan Malaysia

‘Mengapa Najib dapat pasport?’, soal Dr. Mahathir

Dr. Mahathir
DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Tun Dr. Mahathir Mohamad mempersoalkan kebenaran diterima Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendapatkan pasport antarabangsanya untuk tempoh sementara bermula 20 Oktober sehingga 22 November ini.

Bekas Perdana Menteri menyifatkan perkara itu sebagai luar biasa apabila individu yang berhadapan kes mahkamah menerima layanan berbeza berbanding rakyat biasa lain.

Malah kata beliau, Najib menerima layanan luar biasa apabila boleh menerima penangguhan kes perbicaraan dengan memberi alasan tidak sihat tetapi boleh hadir ke tempat lain.

“Kes ni adalah satu kes luar biasa. Datuk Seri Najib ni nampak sihat, boleh pergi ke Parlimen, boleh pergi ke sana sini berkempen tapi tidak sihat untuk dibicara dalam mahkamah.

“Sekarang ini dia boleh dapat passport pergi ke negara lain, dan bukan itu saja. Dah dapat passport pula, boleh tangguh pula pasal dia nak berkempen. 

“Apa jenis pentadbiran ini? Pejabat Peguam Negara pun tidak bantah,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sebelum ini, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Najib mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara bagi membolehkan bekas Perdana Menteri itu melawat anak perempuannya Nooryana Najwa yang kini berada di Singapura dan bakal melahirkan anak kedua pada November.

Najib mengemukakan permohonan di Mahkamah Rayuan kerana beliau sedang merayu sabitan dan hukuman penjara 12 tahun Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes penyelewengan dana syarikat SRC International Sdn Bhd.

Dalam pada itu, Mahathir berkata layanan yang diberikan terhadap Najib berbeza dengan layanan terhadap orang kebanyakan yang telah didakwa dan dihukum sehingga masuk penjara.

“Tapi orang ni dah kena hukum salah tapi tak masuk penjara dan dapat pengiring macam VIP,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya