Mayat tiga kanak-kanak hilang cari kepah ditemukan  - Utusan Malaysia

Mayat tiga kanak-kanak hilang cari kepah ditemukan 

PASUKAN penyelamat membawa mayat seorang kanak-kanak yang ditemukan mati lemas di muara sungai di Kampung Mangkuk, Setiu, awal pagi ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU: Mayat tiga kanak-kanak yang dipercayai lemas ketika mencari kepah di muara sungai di Kampung Mangkuk di sini semalam, ditemukan secara berasingan, mulai awal pagi ini.

 

Pengerusi Bencana Setiu, Rosli Latif berkata, mayat Nur Amni Insyirah Saiful Tarmizi, 9, yang pertama ditemukan pasukan penyelamat pada pukul 12.58 tengah malam. 

 

Katanya, mayat kanak-kanak perempuan itu ditemukan kira-kira 800 meter dari lokasi terakhir mangsa dilihat, disusuli mayat adik lelakinya, Muhammad Aryan Faheem, 7, hampir sejam kemudian, pada pukul 1.47 pagi. 

 

“Mayat terakhir merupakan sepupu mereka, Nurul Hasha Humaira Che Mohd. Humaizi, 11, pula dijumpai pada pukul 8.15 pagi ini.

 

“Kesemua mayat berkenaan dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 8.40 pagi,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian 

 

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan tiga kanak-kanak termasuk dua beradik dikhuatiri lemas ketika mencari kepah di kawasan beting pasir di muara sungai di Kampung Mangkuk.

 

Sebelum kejadian, kesemua mereka dikatakan mengikut ahli keluarga masing-masing dari Kampung Losong dan Atas Tol di Kuala Terengganu untuk berkelah di kawasan berkenaan. -UTUSAN ONLINE

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN