Malaysia komited realisasi pemuliharaan biologi - Utusan Malaysia

Malaysia komited realisasi pemuliharaan biologi

TAKIYUDDIN HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia komited  dalam merealisasikan matlamat utama Konvensyen Kepelbagaian Biologi  bagi  memulihara kepelbagaian biologi dan menggalakkan penggunaannya secara mampan.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata,  komitmen tersebut secara tidak langsung dapat memastikan perkongsian faedah yang adil dan saksama hasil daripada penggunaan sumber biologi. 

Katanya, antara inisiatif nasional yang akan diketengahkan termasuk Pengurusan Hutan Secara Berkekalan, Kempen Penghijauan Malaysia, Akta Akses kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah 2017 serta insentif kewangan bagi pemuliharaan biodiversiti.

“Saya telah menegaskan keperluan negara maju untuk meningkatkan komitmen dalam pemuliharaan kepelbagaian biologi terutamanya kepada negara membangun dalam aspek pembangunan kapasiti, pemindahan teknologi dan mobilisasi sumber selari dengan prinsip sama tapi berbeza.

“Sebagai salah sebuah negara yang paling kaya dengan khazanah biodiversiti, penglibatan Malaysia dalam Mesyuarat The High Level Segment of the Fifteenth Meeting of the Conference of the Parties to the Convention on Biological Diversity (HLS CBD COP 15)  adalah signifikan dalam menyuarakan pandangan dan pendirian negara serta menunjukkan kepimpinan dalam pemuliharaan biodiversiti di peringkat antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.