Lebih ramai pemimpin pembangkang dijangka sertai UMNO Sabah - Utusan Malaysia

Lebih ramai pemimpin pembangkang dijangka sertai UMNO Sabah

AWANG Lakat (kiri) menerima borang kemasukan ahli Umno daripada Baki Saban (tiga kanan) yang mengetuai kumpulan berkenaan di Kampung Tenambak, Kuala Penyu semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: UMNO Sabah menjangka lebih ramai pemimpin pembangkang akan menyertai parti itu menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Setiausaha Eksekutif UMNO Sabah, Datuk Awang Lakat berkata, kedudukan UMNO Sabah yang semakin kukuh memberi keyakinan kepada lebih ramai orang untuk menyertai parti tersebut.

“Kerjasama yang kukuh antara pemimpin dan ahli akan membolehkan parti ini bertambah kuat dan kita tidak menolak kemungkinan akan menerima kemasukan lebih ramai lagi pemimpin dari pembangkang atau ahli parti lain menyertai UMNO.

“Ketika ini UMNO masih berdiri teguh dan bersedia membuka pintu kepada mana-mana bekas pemimpin dan ahli UMNO serta invidu yang ingin menyertai perjuangan parti.

“Kita sentiasa mengamalkan konsep terbuka kepada mana-mana pihak yang ingin menyertai perjuangan parti kita,” katanya semasa menerima kemasukan ahli baharu UMNO di Kampung Tenambak, Kuala Penyu semalam.

Menurutnya, strategi dan perancangan amat penting dalam politik maka, jika UMNO hendak menang, langkah membuka pintu kepada bekas ahli UMNO yang ingin kembali bersama parti antara perkara yang perlu dilakukan.

Jelas beliau, mana-mana individu yang ingin menyertai parti itu perlu melalui proses biasa iaitu mengisi borang keahlian parti untuk dikemukakan kepada ibu pejabat parti bagi mendapatkan kelulusan.

Dalam pada itu, Ketua Umno Bahagian Beaufort ini mengingatkan pemimpin UMNO Sabah agar tidak sombong untuk mendengar dan memperbetulkan diri apabila menerima teguran daripada anggota di peringkat akar umbi.

Awang turut melakukan program ziarah ke rumah penduduk yang berdepan musibah dan mengalami masalah kesihatan serta menyampaikan bantuan bakul makanan di Pusat Daerah Mengundi Palu-Palu.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya