MELAKA: Syarikat Buku Thai Kuang yang menjadi pembekal barangan keperluan persekolahan sejak tahun 1947 dan disifatkan sebagai kedai buku ‘legenda’ oleh anak jati Melaka, akhirnya menutup operasi perniagaannya di Jalan Hang Tuah di sini, pada 15 Oktober ini. Pemiliknya, Maria Ng Abdullah, 75, berkata, keputusan sukar itu dibuat setelah mengambil kira perubahan teknologi pada hari ini yang menawarkan pelbagai perkhidmatan secara dalam talian. “Syarikat Buku Thai Kuang ini asalnya adalah…










