Ikan Sungai Geting selamat dimakan kecuali kerangan  - Utusan Malaysia

Ikan Sungai Geting selamat dimakan kecuali kerangan 

SYED Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (dua dari kanan) menyerahkan kotak ikan kepada ahli PNK Matang di Kampung Menteri di Kuala Sepetang dekat Bukit Gantang hari ini. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT GANTANG: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memberi jaminan ikan dari perairan Sungai Geting di Tumpat, Kelantan yang tercemar dengan sisa toksin, selamat untuk dimakan.

Pengerusinya, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, hanya hasil kerang-kerangan di kawasan itu sahaja yang boleh memudaratkan kesihatan setelah dikesan tercemar dengan toksin.

“Hanya kerang-kerangan dari kawasan sungai itu sahaja yang dikesan telah tercemar dan boleh mengakibatkan kemudaratan sekiranya dimakan. Ini kerana cara habitat pemakanan kerangan berbeza dengan cara pemakanan ikan.

“Setakat ini, hasil ikan dari kawasan Sungai Geting selamat untuk dimakan,” katanya kepada pemberita pada program menyerahkan bantuan kotak ikan berinsulasi kepada 74 ahli Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Matang di Kampung Menteri, Kuala Sepetang di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Pengarah  LKIM negeri, Adib Syazwan Mohmad Hassan dan Pegawai Daerah LKIM Perak Utara, Noorhidayah Abdul Rani.

Syed Abu Hussin mengulas notis yang dikeluarkan Jabatan Perikanan Kelantan melarang orang ramai melakukan aktiviti memungut, menjual dan memakan spesis kerangan di perairan Sungai Geting, kerana dicemari toksin saraf daripada alga berbahaya iaitu alexandrium minutum.

Pengarah Jabatan Perikanan negeri Kelantan, Nazri Ishak berkata, larangan itu berkuat kuasa serta merta berikutan hasil keputusan analisis daripada makmal biosekuriti Jabatan Perikanan yang dijalankan menemui bahan toksin itu.

Bahan toksin itu ditemui pada spesis kerang-kerangan seperti tiram, lokan, kepah dan lala yang dikutip sekitar perairan Sungai Geting.

Akibat daripada memakan kerang-kerangan yang tercemar itu boleh menyebabkan keracunan, berbahaya dan memudaratkan kesihatan. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN