PETALING JAYA: Kadar pembelian kereta elektrik (EV) bermula tahun depan berkemungkinan tidak mendapat sambutan daripada rakyat berikutan bilangan stesen pengecas EV yang terhad. Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad berkata, stesen pengecas EV perlu diperbanyakkan serta diperluaskan sekiranya benar-benar mahu membangunkan industri EV tempatan. Katanya, stesen untuk mengecas kenderaan tersebut dianggarkan hanya 20 stesen setakat ini di seluruh negara. “Banyak kawasan atau negeri masih kekurangan atau tiada stesen…










