Hampir 4 juta kenderaan ‘balik kampung’ - Utusan Malaysia

Hampir 4 juta kenderaan ‘balik kampung’

plus
PROJEK Lebuhraya PLUS daripada empat kepada enam lorong dilanjutkan dari Sedenak ke Simpang Renggam di Johor dengan kos RM931 juta. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Aliran trafik di semua lebuh raya utama negara mencatatkan hampir 4 juta kenderaan di seluruh lebuh raya semalam susulan kebenaran rentas negeri pada Isnin lalu.

Mengikut data yang direkodkan, tiga lebuh raya utama iaitu Lebuh raya Utara Selatan merekodkan 1.12 juta kenderaan, Lebuh raya KL-Karak (112,852) serta Lebuh raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) (42,221).

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd. Nadzri Hussain berkata, Plaza Tol Jalan Duta menunjukkan peningkatan 29 peratus iaitu 55,333 berbanding 43,008 kenderaan pada 7 Oktober lalu.

Katanya, Plaza Tol Sungai Besi meningkat 28 peratus iaitu 38,584 berbanding 30,122 kenderaan untuk tempoh sama.

“Plaza Tol Skudai meningkat ketara iaitu 37 peratus iaitu 19,572 berbanding 14,261 kenderaan dan Plaza Tol Juru meningkat 38 peratus, daripada 30,067 kenderaan kepada 41,423.

“Bagi Plaza Tol Gombak pula meningkat sehingga ke 126 peratus iaitu 65,490 kenderaan berbanding 29,042 kenderaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Dalam pada itu, bagi Plaza Tol Bentong meningkat sebanyak 69 peratus iaitu 47,362 kenderaan berbanding 27,956 peratus pada tempoh itu.

Ujar beliau, Plaza Tol Karak pula meningkat kepada 40 peratus iaitu 11,854 kenderaan berbanding 8,457.

“Ini menunjukkan terdapat peningkatan aliran yang ketara di sektor timur,” ujar beliau.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya