Dos penggalak Pfizer berkesan 95.6 peratus - Utusan Malaysia

Dos penggalak Pfizer berkesan 95.6 peratus

BUAT masa ini jumlah vaksin Covid-19 sedia ada yang dibeli di bawah PICK masih mencukupi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Pengeluar vaksin Covid-19, Pfizer-BioNtech mengeluarkan data menunjukkan dos penggalak yang dihasilkan syarikat farmaseutikal tersebut mempunyai tahap keberkesanan sehingga 95.6 peratus menentang koronavirus termasuk varian Delta.

Keputusan awal daripada ujian percubaan Fasa Tiga terhadap lebih 10,000 sukarelawan berusia 16 tahun dan keatas menunjukkan dos penggalak Pfizer berkesan memberi perlindungan jangka panjang daripada Covid-19.

Ujian itu juga menunjukkan dos penggalak tersebut adalah selamat dan tidak mempunyai kesan sampingan serius yang dilaporkan.

Pfizer sebelum ini memaklumkan kadar perlindungan vaksin keluarannya menurun daripada 96 kepada 84 peratus dalam tempoh empat bulan.

Sehubungan itu, syarikat farmaseutikal tersebut mencadangkan pemberian dos penggalak bagi meningkatkan kadar perlindungan.

Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer, Albert Bourla berkata, keputusan ujian percubaan itu secara tidak langsung membuktikan vaksin Covid-19 yang dihasilkan dapat memberi faedah perlindungan yang meluas kepala pelbagai lapisan masyarakat.

“Saya percaya, dos penggalak memainkan peranan penting dalam usaha mencegah Covid-19 secara berterusan dan berkesan.

“Kami amat berbesar hati dapat berkongsi data ini kepada orang ramai dan berharap semua penduduk dunia dapat agihan vaksin yang adil,” katanya.

Dalam ujian tersebut, sukarelawan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu separuh daripadanya menerima dos penggalak sebanyak 30 mikrogram, manakala separuh lagi menerima vaksin placebo.

Para penyelidik menemukan lima kes Covid-19 dalam kumpulan yang menerima dos penggalak berbanding 109 kes dalam satu lagi kumpulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya