BEIJING: Lebih 1.76 juta penduduk terjejas akibat banjir besar yang melanda wilayah Shanxi di utara China.
Lapor BBC, hujan lebat yang turun sejak minggu lalu menyebabkan beberapa kejadian tanah runtuh dan sejumlah rumah rosak teruk.
Pihak berkuasa China memaklumkan, hujan lebat yang masih turun ketika ini secara tidak langsung menyukarkan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang terperangkap bawah runtuhan.
Bencana banjir itu berlaku kurang dari tiga bulan selepas wilayah Henan dilanda banjir besar sehingga mengakibatkan lebih 300 orang terkorban.
Pentadbiran Meteorologi China memberitahu media tempatan, hujan lebat berserta angin kencang dijangka berterusan beberapa akan datang.
Selain itu, agensi berita Xinhua melaporkan, lebih 120,000 penduduk dipindahkan segera dan 17,000 kediaman musnah di Shanxi.
Insiden banjir itu juga meragut nyawa sekurang-kurangnya empat anggota polis.
Pihak berkuasa China menyifatkan banjir di Shanxi lebih terus berbanding Henan.









