Anggota polis dituduh tipu urusan jual beli bumbung suria - Utusan Malaysia

Anggota polis dituduh tipu urusan jual beli bumbung suria

MOHAMAD SADDAM Ahmad Zaidun ketika dihadapkan di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Pulau Pinang hari ini atas dua pertuduhan menipu berhubung urusan jual beli bumbung suria dua buah kereta.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan menipu berhubung urusan jual beli bumbung suria (sunroof) dua buah kereta pada Februari dan Mac lalu. 

Tertuduh, Mohamad Saddam Ahmad Zaidun, 30, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nurul Rasyidah Mohd. Akit. 

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memperdaya seorang lelaki berusia 28 tahun dalam urusan jual beli sunroof kereta Proton Inspira dengan mendorong lelaki itu membayar wang pendahuluan RM500. 

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Lot 480, Tingkat Perusahaan 4B, Kawasan Perusahaan Perai di sini kira-kira pukul 11.12 pagi pada 1 Februari lalu. 

Mengikut pertuduhan kedua, dia didakwa memperdaya lelaki berusia 21 tahun dalam urusan jual beli sunroof kereta Toyota Camry dengan mendorongnya membayar pendahuluan RM500. 

Mohamad Saddam didakwa melakukan kesalahan berkenaan di sebuah unit, Tingkat 1, Flat D2, Jalan Perai Jaya 3, Bandar Perai Jaya 3, Perai kira-kira pukul 8.12 malam pada 8 Mac lalu. 

Tertuduh didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara di antara setahun sehingga 10 tahun dan sebatan dan denda. 

Kes itu masing-masing dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya R. Lushani dan  Mohammad Syafiq Nasrullah Saleem Ali manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin berjumlah RM14,000 bagi kedua-dua pertuduhan. 

Kes akan disebut semula pada 24 November depan untuk tertuduh melantik peguam. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya