Usaha rancakkan pelancongan di Gunung Jerai akan dibincang - Utusan Malaysia

Usaha rancakkan pelancongan di Gunung Jerai akan dibincang

Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan berbincang dengan pihak terbabit termasuk kerajaan negeri tentang usaha merancakkan kembali pelancongan di Gunung Jerai, Kedah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, usaha ini sememangnya dalam perancangan kerana kawasan tersebut merupakan kawasan pelancongan yang diketahui umum.

“Kalau kita lihat bila berlaku bencana, tugas dan peranan pihak berwajib ini terbahagi kepada tiga, peranan kerajaan pusat, kerajaan negeri dan peranan kerajaan tempatan, yang juga akan melibatkan kementerian dan agensi yang lain.

“Sebagai contoh nak buat rumah mesti ada tanah, kuasa pihak negeri, pengalaman lalu jika ada kerjasama dengan kerajaan negeri , kerajaan pusat akan membantu, kerajaan negeri terpulang membantu kita.

“Pelancongan dalam ‘current list’. Kita akan bincang bagaimana kementerian pelancongan akan membantu bersama kerajaan negeri dalam hal ini,” katanya bagi menjawab soalan tambahan di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Sabri Azit (PAS-Jerai) apakah perancangan kerajaan untuk memastikan membangunkan industri pelancongan di Gunung Jerai setelah ditimpa bencana kepala air baru-baru ini. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya