Us Daud positif Covid-19, dirawat di hospital - Utusan Malaysia

Us Daud positif Covid-19, dirawat di hospital

MD. Daud Che Ngah yang dijangkiti Covid-19 kini semakin pulih selepas dirawat di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd., Datuk Md. Daud Che Ngah yang disahkan positif Covid-19 kini mendapat rawatan di sebuah hospital swasta di ibu negara.

Beliau yang berusia 75 tahun dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) pusat rawatan tersebut petang semalam selepas paras oksigennya menurun ke tahap 96 peratus.

Bagaimanapun, beliau yang lebih mesra dengan panggilan Ustaz Daud berkata, sejak malam tadi kandungan oksigennya sudah beransur pulih ke tahap normal dengan mencatat bacaan 99 peratus dan kadangkala 100 peratus.

“Alhamdulillah, kesihatan saya sudah bertambah baik. Doktor beritahu cuma nafas saya ada bunyi sedikit. Sebabnya saya ada penyakit lelah tetapi saya sudahpun dipindahkan ke wad biasa hari ini. Lagipun saya tidak bergejala,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Ustaz Daud hanya menyedari dijangkiti Covid-19 selepas membuat ujian kerana demam di sebuah pusat perubatan di Kampung Baru.

Beliau berkata, apabila disahkan positif dan bacaan oksigennya agak menurun, doktor nasihatkan agar dapatkan rawatan selanjutnya dengan segera,.

“Pada mulanya saya sangka ia hanya demam biasa kesan dos kedua suntikan AstraZeneca dua minggu lalu.

“Jangan bimbangkan kesihatan saya. Doakan semoga saya cepat pulih seperti sediakala. Alhamdulillah, isteri saya disahkan negatif Covid,” jelas beliau.  

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN