UMNO Sabah kehilangan pemimpin yang setia - Utusan Malaysia

UMNO Sabah kehilangan pemimpin yang setia

BUNG MOKTAR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Berita pemergian Allahyarham Datuk Nilwan Kabang disifatkan sebagai satu kehilangan besar kepada UMNO Sabah.

Semangat dan perjuangan pemimpin politik veteran yang setia kepada perjuangan parti itu akan sentiasa diingati pemimpin UMNO di negeri ini.

Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, pemergian Penolong Ketua Penerangan UMNO Sabah itu adalah satu kehilangan besar kepada rakyat di negeri ini.

“Allahyarham seorang yang berjiwa kental, tidak mudah menyerah kalah dan sentiasa tenang dalam menghadapi cabaran. Beliau juga seorang sahabat yang baik dan kami berkecimpung dan berjuang dalam kerjaya politik sejak era pemerintahan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) sehingga UMNO melebarkan ke Sabah.

“Kami berjuang bersama-sama dan saya menyifatkan beliau seorang pemimpin berjiwa kental dan setia kepada perjuangan parti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Allahyarham Nilwan,71, yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak meninggal dunia di Hospital Gleneagles akibat jangkitan Covid-19 pada pukul 3.45 pagi tadi.

Bung Moktar, yang juga Timbalan Ketua Menteri turut berkongsi kesedihan atas pemergian allahyarham Nilwan .

“Bagi pihak keluarga besar UMNO Sabah, saya merakamkan ucapan takziah kepada isteri arwah Datin Amani Abdullah serta seluruh ahli keluarga. Semoga mereka tabah menghadapi saat sukar ini dan kami mendoakan roh allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman,” katanya.

Turut berduka cita dengan pemergian Nilwan ini ialah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi akaun Facebooknya.

Najib menyifatkan ADUN Kunak ini seorang pemimpin yang mesra rakyat dan terkenal di Sabah.

“Salam takziah kepada keluarga allahyarham. Moga roh allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman,” katanya. UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya